Wednesday, April 27, 2011

Cik CTku sayang...

Cik CT la plak... cik CT mana ye... haa... jgn salah paham... aku ni lurus bukan bengkang bengkok... entry aku kali ni khas buat buah hati pengarang jantung aku yg setia bersama aku hampir 5 tahun sudah... seusia anakku Irfan...

Hmmphhh... 5 tahun dah... sekejap je masa berlalu... dalam masa 5 tahun ni cik CT tak pernah susahkan aku... sangat setia, sihat tak pernah sakit cuma ade la skali die semput gara2 aku lupa nak check jantung die... overall, mmg tip top laa... mmg aku sayang sangat cik CT ni...

Well, setiap yang bertemu pasti akan berpisah dan setiap yang hidup pasti akan mati... camtu jugakla aku dengan cik CT... tinggal lagi 2 hari masa untuk kami bersama... sedih pulak rasanya... rasa macam taknak lepaskan die... tapi apakan daya... jodoh kami berdua hanya sampai di sini saja... so utk 2 hari ini, kami akan menghabiskan masa bersama2.. melepaskan segala rindu dendam... agar ketiadaan cik CT nanti tidak teramat perit utk ku kenang...

Cik CT... ku gantikan dirimu bukan kerana aku benci tetapi mungkin masa telah menentukan segalanya... usiamu kini makin meningkat... aku risau, seandainya lebih lama dirimu bersama diriku... kau akan memeningkan kepalaku... ye la... org kata bila dah lama bersama kau akan naik lemak... tapi pada aku, kau adalah yang TERBAIK yang pernah aku ada... Jagalah diri mu nanti kerana aku tak mungkin lagi dapat melihat mahupun menjagamu... dirimu akan kukenang selamanya... I love u so much cik CT... aku akan merindui dirimu dan kenangan yang pernah kita lalui bersama... muaahhhh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

{Ini bukan cik CT aku.. :)}
.
.
.
.
.
{Ini pun bukan cik CT aku jugak..}
.
.
.
.
.
{Ini la cik CT ku sayang... will miss u... huhu..}


No comments:

Post a Comment